Kekadang kita menyangka kita bagus,tetapi jika kita melihat diri sendiri dari kacamata insan lain nescahaya berdetiklah di dalam hati nurani kita. "Aku Kah Itu"?????
Monday, December 27, 2004
Monday, December 20, 2004
Muahahah
Now here are the rules from the male side.
These are our rules! Please note... these are all
numbered "1" ON PURPOSE!
Learn to work the toilet seat. You're a big girl. If it's up, put it down.
We need it up, you need it down. You don't hear us complaining about you
leaving it down.
Sunday sports. It's like the full moon or the changing of the tides. Let it
be. Shopping is NOT a sport. And no, we are never going to think of it that way.
Crying is blackmail.
Ask for what you want. Let us be clear on this one: Subtle hints do not
work! Strong hints do not work! Obvious hints do not work!Just say it! For
goodness sake!
Yes and No are perfectly acceptable answers to almost every question.
Come to us with a problem only if you want help solving it.That's what we
do. Sympathy is what your girlfriends are for.
A headache that lasts for 17 months is a problem. See a doctor.
Anything we said 6 months ago is inadmissible in an argument. In fact, all
comments become null and void after 7 days.
If you won't dress like the Victoria's Secret girls, don't expect us to act
like soap opera guys.
If you think you're fat, you probably are. Don't ask us.
If something we said can be interpreted two ways and one of the ways makes
you sad or angry, we meant the other one.
You can either ask us to do something or tell us how you want it done. Not
both. If you already know best how to do it, just do it yourself.
Whenever possible, please say whatever you have to say during commercials.
Christopher Columbus did not need directions and neither do we.
ALL men see in only 16 colours, like Windows default settings. Peach, for
example, is a fruit, not a colour. Pumpkin is also a fruit. We have no idea
what mauve is.
If it itches, it will be scratched. We do that.
If we ask what is wrong and you say "nothing," we will act like nothing's
wrong. We know you are lying, but it is just not worth the hassle.
If you ask a question you don't want an answer to, expect an answer you
don't want to hear.
When we have to go somewhere, absolutely anything you wear is fine...
Really.
Don't ask us what we're thinking about unless you are prepared to discuss
such topics as cricket, soccer or rugby
You have enough clothes.
You have too many shoes.
I am in shape. Round is a shape.
Thank you for reading this...Yes, I know, I have to sleep on the couch
tonight, but did you know men really don't mind that, it's like camping.
Pass this to as many men as you can - to give them a laugh.
Pass this to as many women as you can - to give them a bigger laugh!!
Wednesday, December 15, 2004
JIWAng
DAN KATAKANLAH!!!
Andainya kamu berkenalan
Jangan katakan
"Ah... siapa juga kamu"
Tapi...katakanlah
"Aku senang dengan perkenalan ini"
Pasti kenalan akan bertukar menjadi kawan
Andai kamu sedang berkawan
Jangan katakan
"Ah...aku punya ramai kawan"
Tapi...katakanlah
"Kamu adalah special berbanding yang lain"
Pasti kawan akan bertukar menjadi cinta
Andai kamu sedang bercinta
Jangan katakan
"Ah...aku masih boleh cari cinta yang lain"
Tapi katakanlah
"Kamu adalah segalanya dalam hidup ku"
Pasti cinta bertapak kuat dalam hati mu
Andai kamu pernah bercinta
Jangan katakan
"Ah...kamu cuma orang kedua dalam hidup ku"
Tapi katakanlah
"Kamu terbaik dalam hidup ku"
Pasti tidak ujud rasa cemburu
Andai perkenalan bertukar menjadi kawan
Andai kawan bertukar menjadi cinta
Andai cinta tiada cemburu
Maka akan ujud keikhlasan
kejujuran
keyakinan
kepercayaan
ketelusan
kesetiaan
Yang akhirnya menjadi satu cinta AGUNG
Yang tiada tandingan
Pada Siapa...???
...............................................................
p/s : cinta tiada cemburu? bio betul beb...
Lagi sekali thanks pada ayu melaka kerana email mu ini.... :p
Monday, December 13, 2004
Zaki sedang menceritakan nikmat perkahwinan pada aku nih... :p
Pada hari sabtu bersamaaan 11/12/2004 selepas seminggu dari persandingan di pihak perempuan maka tibalah turn pihak lelaki untuk menjamu suadara-mara,kengkawan dan makhluk-makhluk yang berkenaan. Aku datang agak lambat ke majlis nih lebih kurang pukul 3.30ptg. Apa nak buat aku diserang astma pada belah pagi so apa boleh buat. Kena berehat sambil melayan astro laa...
Mata zaki sampai tertutup masa menceritakan ntah apa2 ntah :p
Lauk-pauk di sini macam biasa dimasak secara gotong royong dan dihidangkan secara buffet. Err...ada nasik minyak, ayam masak merah, rendang daging dan dalcha. Sedap siot...tapi apakan daya aku terpaksa kontrol hensem pasal banyak aweksss laaa dalam majlis tu. Alhamdulillah majlis telah pon berlangsung dengan meriahnyer dengan ramai kengkawan masa sekolah dulu yang aku jumpa. Kepada Zaki yang aku suspek telah pon menjalankan projek pecah tanah...:p aku ucapkan selamat Pengantin Baru Semoga Berkekekalan Sehingga Ke Anak Cucu.........Amin.............
Saturday, December 04, 2004
Bakal Pengantin sedang di kutbah oleh jurunikah
Pada 2/12/04 aku telah pergi ke Kampung Gajah di Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri pernikahan sahabat baik aku iaitu Mohd Zaki Bin Abdul Latif. Pada mulanya aku diminta untuk mengiringi kereta pengantin tapi disebabkan masalah teknikal aku aku diminta oleh pengantin untuk membawa kereta pengantin :p . Kiranya aku di kelompok VVIP laa. Bertolak dari kajang pada pukul 8.00pagi dan sampai ke lokasi sasaran pada 1.00ptg. Seronok laa kete si Zaki nih..., Iswara 1.5 baru complete dengan monitor. Sambil drive layan cerita Puteri Gunung Ledang. Anyway aku tetap mengamalkan pemanduan berkhemah dengan mengikuti segala undang-undang jalan raya Malaysia ni. Perghhhh....boleh tahan gak jauhnyer lokasi nih tapi apabila menghampiri lokasi aku rasa beshhh pasal ada sawah padi (tgh musim menuai), ada ladang kelapa sawit (cehhh!!!) dan pelbagai lagi. Kampung Gajah nih terkenal dengan dusun deghoyannyer sampai ada replika gergasi buah ni. Di pendekkan cerita sampailah kami ke masjid Kampung Gajah nih. Besar gak mesjid nih dan kami lunch dulu. Pehtu sesi nikah bermula. Cayalah...dengan sekali lafaz je sah laa status kawan aku nih sebagai pemakan daging halal :p.... muahahahahhh. Pehtu singgah ke rumah pihak perempuan untuk sesi kenduri kecil kerana majlis persandingan hanya akan berlaku pada 4/12/04. Lauk-pauk kampung tetapi ternyata mampu membuatkan aku 4-5 kali tambah nasi. Masak lemak putih labu, ayam masak kicap, ikan kembong goreng, kerabu sayur dan yang paling besh ialah sambal belacan yang dicampurkan dengan buah bacang. Waallaaaaa!!!Ternyata memang besh.
Ambik gambar lebih kurang dan bertolak balik ke Kajang (eheheh...tak sempat pengantin bikin projek pecah tanah) dan sampai dengan selamatnyer pada pukul 8.00mlm. Memang meletihkan tapi aku happy kerana dapat bersama kawan-kawan dan sahabat handai menghantar pengantin nih. Aku mendoakan semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminnnnnnn.........
Friday, November 26, 2004
Wednesday, November 17, 2004
Pehtu aku ambik laa nasi beriani dan kari kambing yang nampak lantit dimata aku nih untuk dibuat berbuka. Si ND dan E1 ambik nasik beriani bukhara yang tak kurang lantitnya di mata diorang. Si wira hanya melantit kuih je pasal dia melantit nasik belah malam nanti.Makan punya makan perut pon dah kenyang so apa lagi...,sesi borak2 kosong pon bermula dengan rancaknya dan tetiba hujan yang tadinya hanya renyai tetiba menjadik lebat giler. So terpaksalah kami meng`order`kan teh tarik gelas besar sebanyak bergelas-gelas untuk memenuhi nafsu serakah kami yang lantit nih.Jam menunjukan jam 11malam so kami kena gerak khas pasal ND keje lak pada keesokan harinya.E1 berjaya menobatkan dirinyer sebagai OKB dengan ikhlas serta machonyer menaja majlis berbuka puasa nih.Terima kasih banyak E1!!!. Aku bergerak menuju ke rumah apa bila diorang semua dah bergerak balik ke destinasi memasing.........Aku akan berusaha mengenang detik2 manis nih selagi aku mampu :p (dalam siot maknanya nih)
Friday, November 05, 2004
Ok geng...kasi posing aaaaa........
Assalamualaikum...sudah agak lama (memang dah lama) aku tak apdet blog nih, bukan apa tapi memang aku sibuk yang teramat sangat semenjak bermula bulan puasa. Dengan keazaman yang padu, jabatan pemasaran giat menjalankan aktiviti mengeluarkan invois yang banyak dan mengejar pembayaran agar kami mendapat advanced bonus dan sedikit duit raya. Dan untuk menenangkan diri kami yang keresahan dan mengeratkan tali silaturrahim di kalangan kakitangan opis aku nih, jabatan pentadbiran dan perakaunan telah menganjurkan sesi berbuka puasa sesama sendiri pasal boss kitorang tak joint sebab ada meeting malam tu. Aku pun musykil gak mende apa yang nak di meetingkan masa berbuka nih :P. Gasak ko laa boss...., janji korang kasi kami bonus.
Aku makan kuih jerrr.... :D
So setelah pihak-pihak berkenaan menetapkan tempat sesi iftar (berbuka) tanpa mengikut undi majoriti (ermm...), maka majlis ini berlangsung di Tropicana Subang...., lawa - lawalah rumah dalam nih. Kuar rumah jer terus boleh main golf... anyway aku sampai kat sini dalam 15 minit lagi sebelum waktu berbuka. So bila sampai kat meja tu kira ngam-ngam laa kan.Pehtu berbuka...makan2 kuih lebih kurang pehtu mengumpat lebih kurang dan balik.
Monday, October 18, 2004
PUASA
Friday, October 08, 2004
Friday, October 01, 2004
Okeh laa...pasal enjin kereta nih aku tak mahir kerana aku bukanlah pomen terhebat(versi pria terhebat???)Tapi apa yang menarik perhatian aku ialah teknologinyer yang SUPER NALLA TAHAP DEWA!!!Kereta ini dilengkapi dengan GPS that stands for Global Positioning System yang berfungsi secara fulltime.Eheheh kenapa???Ada sistem keje part time ke???Muahahahhh........Secara am nyer bila ko ignition je GPS tu automatik berfungsi.Dilengkapi dengan ciri audio+visual yang SUPER NALLA nyer mantap dan dijuga diselaraskan melalui monitor tu gak.Tekan jer butang kat skrin tuh.Pastu korang nak kawal aircond ker,nak segala detail tentang peformence secara current semuanyer dipamerkan melalui monitor tft yang kalernyer SUPER NALLA lawa.Pakai screen touch technology nih.Kebanyakkan panel dalam kereta tu diperbuat dari titanium dan platinum.Kira ringan laa...kalau superman hembus pun boleh terbang kereta nih.Pastu sistem kawalan komputer bersepadu pintar yang ``pandainyer!!!``.Sistem brek 4 cakera berlubang(ventilated disc) dan datang bersama ABS (kira benda biasa sekarang nih) dan EBD (Electronic Brake Power Distributor)dan kawalan penyerap hentakan yang ditala melalui komputer.Kalau ko buat brek kecemasan tapi still boleh CIUM BONTOT kereta lain atau terbabas masuk longkang ke(nasib tak baik masuk gaung!!!Uhuhhuuu...) ini bukanlah salah sistem tetapi kerana korang memandu kereta tu terlalu laju TAHAP DEWA.So sendiri mahu ingatlah kan...Senang cerita beginilah..sebenarnya spesifikasi yang aku taip nih agak biasa cuma apa yang gempak ialah kereta itu sendiri.Lawa dan canggih.Kalaulah aku dapat kereta tu ohhh...uuhhhh....yeahhhhh....bestnyer!!!
Monday, September 27, 2004
Wednesday, September 22, 2004
Apsal lak henpon aku enterframe tu... ;p
Yeahhhh....untuk memulakan pekerjaan aku pagi nih aku telah mengambil sarapan.Hidangan sarapan aku terdiri daripada segelas besar Neslo panas,tiga bijik Sardine Roll,sebiji telur goreng bulls eye type dan hirisan timun sebagai syarat mengambil sayur-sayuran.Henpon kat sebelah tu hanyalah sekadar hiasan dan aku tak pernah dan tidak akan pernah memasukkan henpon di dalam diet pemakanan aku nih ;p.Entah lah...mungkin kerana effect aku mengambil sarapan pagi nih tetiba lak otak aku menyuruh snap gambar nih.Kebetulan lak aku akan membawa digital camera aku kemana sahaja kecuali ke tandas..muahahahhahh....Errr.....mari kita teliti kos bersarapan di area Petaling Jaya nih.Sardin Rolls RM1.00,Bulls Eye Fried Egg RM0.50 dan Hot NesLo RM1.50 and it cost me RM3.00.Baru sarapan tu!!!Sayur timun yang tak beberapa semenggahnya tu aku suruh kasi free.Tu pasal aku jarang makan tengah hari cuma beli kuih-muih je buat alas perut.Ahahahahah....jimat maa..(tapi tak kaya pon???).
Uhuhhuu...selepas sarapan aku pun masuk opis dan tu diaaa.....keje berlambak siottt..,itu yg aku apdet dulu blog nih ;p....sementara aku masih boleh apdet ye tak???Chayo...chayo...chayo....aku akan memulakan tugas aku dengan bersemangat poyo ;p dengan menghadapi segala rintangan yg mendatang.Go petz go........
Saturday, September 18, 2004
Tuesday, September 14, 2004
Srotttt...srettttttt....srottttt...,hanya bunyi itu je laa yg mampu aku lakukan.Ada ke patut opismate kata aku dah kena birdflu...cehhh.Mintak dijauhkanlah penyakit merbahaya tu dari hinggap kat aku dan seluruh umat manusia.Ermmm...rasa lapar pun ada nih...
Semenjak 10 menjak nih aku rasa happy semacam je.Pasal apa yek??Adakah aku mendapat kenaikkan gaji?Atau mungkin aku akan dapat bonus sebanyak 5 bulan ;p ?Atau aku dapat mc seminggu?Aku rasa itu semua bukanlah jawapannya.Aku ada sebab musabab yang tersendiri untuk berasa happy.Biarlah aku tanggung sendiri...erkkss!!!Eheheehhh...
Sifat dan Perangai Orang Yg Dilahirkan Pada Bulan September
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Nota:Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
Monday, September 13, 2004
MAIMAL FAIZ
Pengantin dok kontrol cun :p
Semalam pada 12/09/04 aku telah menghadiri majlis perkahwinan kawan aku di Batu 18,Hulu Langat.Pengantin lelaki yang dok kontrol macho dan macam baguih tu laa kawan aku.Aku kenal dia pun baru dalam 4 tahun kot.Member aku nih bertugas sebagai Pengurus Jabatan Sumber Manusia di Konsortium ABASS Sdn. Bhd. di Shah Alam.Kalau korang nak tau syarikat nih merupakan salah satu Operator Pengeluar Air di dalam Selangor nih selain dari Puncak Niaga Holdings (M) Sdn. Bhd. dan Gamuda Water Sdn. Bhd.Syarikat ini hanya mempunyai satu loji merawat air di Putrajaya iaitu Loji Rawatan Air Skim Sungai Semenyih tetapi jangan terkejut kerana loji nih merupakan loji yang memproses air yang ke-3 besar didalam Malaysia nih.So beware....
Aku bertolak dalam pukul 1.00petang dari kajang dan aku pergi dengan kawan aku iaitu Kenit @ Faisel dan tiba kat rumah pengantin dalam pukul 2.00petang.Heheheh....cam terer je sampai time makan.Sampai-sampai je rupa-rupanyer pengantin dah sampai dan silat pulut sedang dipersembahkan kat diorang.Perghhh...silat jawa nih...bunga semacam je ;p.
p/s:Aku wonder laa apa brother sebelah pengantin tu buat apa...tapau lauk pengantin nak bawak balik ker???? :p nyum...nyum...nyummmm........
Sedap ke lauk tu yang????
Anyway aku kagum dengan lauk-pauk yang dihidangkan walaupun ianya sekadar lauk yang biasa korang jumpa kat kenduri kahwin nih.Ayam masak merah,rendang daging,sambal goreng jawa dan acar buah.Namun kelainannya ialah dari segi faktor sedap.Perghhhh...sedap siot...tapi aku makan sekali je ;p Bukan apa...,banyak aweks laa...kena kontrol perut sikit..ehehehhhh.Buat pengantin `Selamat Pengantin Baru` aku ucapkan dan dengan ingatan tulus ikhlas beserta rendah diri aku ingatkan supaya bersederhanalah dengan apa yang ko buat terutamanyer di malam......opssss :p........
Bismillahirahmanirahim.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami Memohon doa restu MU, Satukan hati mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaika dan seperti Engkau satukan Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati kamu semua dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan keberkatan di dunia dan akhirat serta berkekalan jodoh perkahwinan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat....Amin.
Bila perut dah kenyang dan stabil lagi penuh dan dapat snap pic lebih kurang (aku snap 2 pic jer...;p).Aku pun minta diri untuk balik pasal mata lak mengantuk.Sebelum tu salam dengan tuan rumah atau bahasa yang lebih tepat ialah bapak pengantin perempuan sambil menghulurkan senyuman yang manis..(pasal dia ada anak dara yang cun barangkali...syhhhh).Rasa cam nak peluk je orang tua tu..kohkohkohhhhh.....
Friday, September 03, 2004
IZA & RATU @ HANIZA berposing gaya konpiden
Pada 02/09/04 yang biol...aku dan OKB Kay_Rex telah berkenan untuk menganjurkan sesi makan2 bersama users # RadioAktif.Users bertuah untuk kali ini ialah aweks dari Sabah Negeri Di Bawah Bayu.Diorang nih pulak kebetulan sedang berkursus di INSPEN atau nama saintifiknyer ialah Institut Percukaian Negara (canggih laa pasal ada institut...).So diorang pun bagi tau ngan aku yang diorang teringin nak berjumpa face to face dengan aku yang encem nih (angkat bakul sinsri laa nih!!!).Aku dengan perasaan yang konpiden yang power pun mula mengorak strategi dengan menelefon OKB Kay_Rex untuk mendapatkan teman sepemakanan.Mamat nih dengan konpiden juga bersetuju dengan apa jua rancangan jahat kami nih(hehehehhh!!!!!!!) tapi meletakkan syarat iaitu kena pick up dia kat Dataran Mesjid Putrajaya....OK BOSS!!!!
Pada pukul 5ptg yang membuhsankan...,aku pun segera punch out kad aku dan secepat kilat memanaskan enjin kete aku tu...(alahai...ada hutang ampat taun lagi laa) dan shoot terus ke Putrajaya. Aiseyyy.....jem gilos baban nyer HighWay LDP nih.Rasa kekadang nak marah je pekerja tol tu.Macam ni laa lebih kurang laa dialog dia."Asal lalu je ko kutip tol,tapi jalan jem.Baik tak yah bayar tol kalau cenggini!!!".Tapi apakan daya...,dialog tu setakat dalam hati aku je pasal operator tol tu selalunyer aweks-aweks yang alamakkkk lawa nyer :p Lagi pun tak baik marah kat diorang tu pasal diorang tak salah,abang jamil yang salah!!!(erksss????)
Punyalah cipan nyer lambat akhirnya aku sampai gak kat masjid tu dan pick up OKB Kay.Pendekkan citer kami jemput lak aweks2 berdua tuh :p(Ratu bawak kawan dia).Terus kitorang kidnap bawak gi kajang dan pekena SATE HJ SAMURI yang tersohor tu....
Keadaan SATE sebelum dijamah...
Bila dah order sate dan sambil tunggu sate tu siap dibakar...,aku usha laa si ratu nih dan err lawa gak orangnya.Sumpah....kalau dia pinang aku,harus aku kahwin dengan dia nih :p eehehhehehh...kahwin free sapa takmo kan???.Si Ratu nih berketurunan bajau dan kawan sebelah dia tu opismate dia.Tapi Iza nih asal orang kelate weii..dapat laki orang Banjar Sabah(Perghhh tak sangka kat Sabah ada orang Banjar!!!).Terus duduk kat Sabah di samping husbandnya.(Melepas aku :p). aweks2 nih kira sporting laa jugak pasal diorang nih asyik ketawa memanjang je.
SATE selepas di nyummm...nyummm!!!Licin beb.....
Selepas tangki memasing dah penuh...,OKB Kay memberikan idea yang teramatlah bernas iaitu bawak aweks2 tu ronda2 kat Putrajaya.Kitorang pun terus bergerak maju menuju ke Putrajaya dan destinasi kami yang pertama ialah Dataran Mesjid Putrajaya.Dah sampai apalagi...,sesi fotografi pun bermula dengan lancarnya.Pastu bergambar kat tepi Tasik di Souq...,kemudian bergerak menuju ke Putra Perdana di mana terletaknya rumah rasmi PM iaitu Pak Lah(besau laa umah dia nih!!!).Pastu aku tinggalkan OKB Kay kat dataran Putrajaya dan aku pun hantar laa makcik2 :p (jangan marah ehehehh) tu balik hostel INSPEN tu.
Pihak # RadioAktif ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Ratu dan Iza kerana menyudikan diri keluar dengan aku dan OKB Kay.Insya-Allah kalau kitorang lak yang sampai kat Sabah....,korang laa kami akan carik kohkohkoh......Terima kasih tidak terperi kerana memberikan cenderamata dari Sabah (cantiknyer...:p keychain itu!!!).Semoga panjang umur murah rezeki dan kita akan berjumpa kembali.
Aku juga merakamkan setinggi terima kasih kepada OKB Kay yang sanggup turun padang dan bersama-sama memayung majlis makan2 nih.Jasa mu akan ku kenang jua..:p.Buat GM # RadioAktif iaitu Ir.LaPan...lain kali tu balik laa rumah awak tu awal-awal sikit....,ekekekkkk....
Wednesday, September 01, 2004
Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal
Ku mencari, Ku mencariApakah salahku
Ku mengerti, Ku fahamiKeputusan diri
( korus )
Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Ermmm....sedapkan lagu nih.Aku pernah gilerkan lagu nih pada suatu masa dahulu...sampai takder lagu lain yang aku tunggu keluar dari radio kat umah aku tu.(dulu aku takder CD player).Antara lagu yang amat menggambarkan rasa isi hati aku pada masa tu.Bait-bait lirik lagu nih amat menikam hati ku ini(nasib baik tak mati)...Sebenarnya dah lama aku melupakan lagu nih...tapi baru2 nih lagu nih terkeluar kat radio kete aku masa aku tengah drive.Perghhhh layan lentok lak aku masa tu.Rasa macam nak tido pun ada...sedap seyyy lagu ni.Syahdu je rasa masa tu.Bukan laa aku nih jiwang sangat cuma aku suka dengar lagu nih.Mengingatkan aku siapa laa aku pada waktu tu(baca:aku bukan jiwang)...susah dan senang aku ngan parents dan family aku.Waktu aku takder keje,ada keje dan sampailah aku keje yang sekarang nih.Betapa pantas gilernyer masa berputar.Dengan bulan Ramadhan semakin menghampiri....,di kala ummat Islam sibuk menggantikan puasa yang tercicir(termasuk aku ke???)Erkkk...
Monday, August 30, 2004
Besok hari kemerdekaan Malaysia yang ke-47 tahun.Merdeka kah aku???Aku rasa ye...,aku ialah anak merdeka.Bebas dari kongkongan sesiapa dan hanya tertakhluk kepada agama,perlembagaan negara serta undang-undangnya.Di dalam era kemajuan sains&teknologi serta kecanggihan internet..,pemikiran kita telah disogokkan dengan pelbagai jenis maklumat dan hiburan yang bebukan.Kita sebagai manusia yang telah di`anugerah`kan dengan kepala otak yang lebih hebat dari Pentium / Celeron so sewajarnya kita sebagai manusia mampu membezakan diantara hiburan yang sepatutnya dan yang tak patut.Adalah tidak adil menyalahkan kemajuan teknologi sebagai puncanya keruntuhan moral di malaysia.Walaupun ianya boleh dikategorikan sebagai faktor penyumbang yang minimum.
Ilmu sains ialah ilmu untuk mengkaji kepelbagaian hidupan dari teras bumi sehingga alam semesta.Teknologi pula membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.Jadi manusia sebenarnya yang memikul kesalahan jika menyalah gunakan aplikasi ini.Pendek kata kita adalah TUAN kepada sains dan teknologi dan bukannya menjadi HAMBA.Jangan laa kita rasa terikat kerana kita yang mencipta ini semua dan kita laa akan mengawalnya.
Syukur kepada ALLAH kerana dengan izinNya kita dapat menyambut Hari Kemerdekaan ke-47.Semoga rakyat jelata dapat menjalani kehidupan yang aman lagi makmur di bawah naungan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong....
MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!
Wednesday, August 25, 2004
Petz...shoot cun2 tau(cehhh....:p)
Kat atas nih ialah opismate aku iaitu En.Hasrul Naim Bin Omar @ anak pakcik Omar.Anak kepada seorang OTAI dari Sg Besar,Daerah Sabak Bernam.Berkelulusan Diploma in Electrical Engineering (majoring in Intrumentation) dari UiTM Shah Alam dan skang nih tengah buat Degree dalam course yang sama secara part time..Mamat nih berusia 24 tahun dan dah ada kete sendiri :p...Kira ok laa kan...umur memuda dah ada kete sendiri....tak lah menghabihkan boreh bapak dia.(Opssss)....Dia start keje kat opis aku nih dalam tahun 2002 dan sampai laa sekarang.
Korang musti lak tertanya-tanya apa kejadahnyer aku citer pasal orang lak kan???...Sebenarnyer bagi aku mamat nih adalah antara kawan rapat yg boleh aku percayai dan harapkan (betul ke???) kat opis nih.Dan tak salah rasanyer aku berkongsi kawan aku nih dengan korang...betul tak???(macam publisiti jer).Dia nih kuat simpan rahsia,bijak menganalisis sesuatu situasi,ber`psikologi` yg bagus dan matang.Macam dah tua je mamat nih.Seorang yg suka menunjukkan emosi melalui air muka cam bebagus je...kekadang cam hampehhh.Aweks senang tertarik dengan sifatnyer yg kelakar dan kelakar + gatal sesikit.Aweks akan berasa selamat dan selesa dengannyer(pasal badan ko macam teddy bear kot....!!!).Berpandangan jauh dan mempunyai semangat berdikari yang baik.Tak takut nak tegur kawan walaupun lepas tu kawan tu akan makan hati dengan dia.(bukan aku laa).Berkomunikasi secara bijak (pandai laa ko) dengan semua orang WALAUPUN semua ORANG tak bercakap sesama mereka.Dalam maksud aku nih...so pepaham je laa.
Entry aku kali nih bukan laa untuk menjaja kengkawan aku tetapi lebih kepada berkongsi kawan yang baik dengan kawan2 aku yang lain...errrr macam korang laa.Kalau hidup takder kawan ada lebih baik ko carik kawan.Mengikut pengalaman aku laa...kawan nih macam bonus dalam kehidupan kita.Ada masalah yang mak bapak kita tak leh selesaikan atau tak leh tau...pada kawan laa kita mengadu.So kalau takder kawan korang nak citer pada siapa tentang masalah tu????Boleh mandul tau kalau stress memanjang...kohkohkohhh(sori en.banai)kuikuikui.....
p/s:Naim,aku harap ko ok dengan entry aku nih dan silalah komen ye.You are my friend...go naim go............wassalam....... :p














